
Kamalanathan Calon BN Di Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Command BN di Bukit Sentosa pada 5.05 petang ini.
Muhyiddin berkata Kamalanathan dipilih oleh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perbincangan dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Penamaan calon bgai pilihan raya kecil itu akan berlangsung Sabtu ini di Kuala Kubu Baharu manakala pengundian ialah pada 25 April.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak.
PKR menamakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya.
-- BERNAMA