
KURSUS MEMBINA BLOGS CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN SABAK BERNAM
Ucapan tahniah kepada UMNO Bahagian Sabak Bernam melalui biro ICT yang menganjurkan kursus ini.
Kursus ini sangat baik kerana memberi pendedahan berguna kepada UMNO cawangan2 membina blogs cawangan masing2 bagi tujuan menyampaikan maklumat terus kepada ahli2 cawangan khususnya yang tinggal di luar cawangan untuk mengetahui perkembangan atau aktiviti cawangan masing2 tanpa perlu balik ke cawangan.
Cawangan2 sepatutnya telah lama mempunyai blogs,laman sesawang atau setidaknya laman social seperti facebook,myspace,twitter dan lain-lain lagi bagi menyampaikan perkembangan terbaru cawangan.
Cawangan2 pula hendaklah sentiasa mengemaskini agar blogs atau laman web tidak beku dan membosankan.
Disarankan juga agar cawangan2 memberi ruang kepada ahli2 untuk menyumbang karya bagi menjadikan blogs mereka lebih menanrik..
Biarpun ramai beranggapan blogs medan terbaik untuk memberikan maklumat berkaitan sesuatu isu,namun sebagai parti yang menjaga tatatertib parti,tidak perlu menjadikan blogs cawangan sebagai medan menabur fitnah atau sebarang unsur negatif.
Diharap agar ketua2 cawangan dapat mengambil bahagian dalam program pembinaan blogs di masa akan datang,kerana banyak faedah boleh diperolehi untuk kebaikan cawangan masing2 juga.