kami perihatin

kami perihatin

RENUNGAN MATA HATI..


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan (membawa) barang-barang keperluan manusia dan air hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu menyuburkan bumi yang sebelumnya mati (kemarau), dan dikembang biakkan segala makhluk yang hidup melata (di atasnya), angin yang bertiup dan awan yang terbentang di antara langit dan bumi (Sesungguhnya segala yang tersebut itu) menjadi bukti (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
Al-Baqarah 164

Monday, April 12, 2010

PRK HULU SELANGOR

Beberapa hari lagi,semua rakyat akan mengetahui siapakah Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Semua parti politik telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tersebut.
Apa yang menarik dengan PRK Hulu Selangor ini adalah siapakah calon pilihan BN?
PM telah mengumumkan bahawa kerusi Hulu Selangor adalah milik MIC,persolannya adakah Dato' G.Palanivel yang telah beberapa penggal duduk di kerusi tersebut sebelum tewas nipis pada PRU 12 lalu dipilih semula?Ramai yang beranggapan MIC melalui Dato' G boleh membuat kemunculan semula seperti Tan Sri Isa Samad.persoalannya,adakah Dato' G sama dengan Isa Samad? Rata-rata masyarakat memperkatakan siapa calon BN,dan masing-masing ada alasan dan pandangan masing-masing.
Bagi berlaku adil kepada semua pihak,kita tunggu 2 tarikh bersejarah bagi kawasan Hulu Selangor nanti,17.04.2010 Hari Penamaan Calon dan 25.04.2010 hari mengundi...
Jumpa di Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment