kami perihatin

kami perihatin

RENUNGAN MATA HATI..


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan (membawa) barang-barang keperluan manusia dan air hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu menyuburkan bumi yang sebelumnya mati (kemarau), dan dikembang biakkan segala makhluk yang hidup melata (di atasnya), angin yang bertiup dan awan yang terbentang di antara langit dan bumi (Sesungguhnya segala yang tersebut itu) menjadi bukti (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
Al-Baqarah 164

Wednesday, May 12, 2010

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN

Kepada semua ahli-ahli UMNO Cawangan Tanjung Jawa,
Dimaklumkan bahawa persidangan UMNO Cawangan Tanjung Jawa akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Mei,2010
Masa : 4.00 petang
Tempat : Balairaya Tanjung Jawa.

semua ahli UMNO Cawangan yang berdaftar adalah dijemput hadir.

Friday, April 16, 2010

KAMALANATHAN DIPILIH SEBAGAI CALON BN


Kamalanathan Calon BN Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Command BN di Bukit Sentosa pada 5.05 petang ini.

Muhyiddin berkata Kamalanathan dipilih oleh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perbincangan dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Penamaan calon bgai pilihan raya kecil itu akan berlangsung Sabtu ini di Kuala Kubu Baharu manakala pengundian ialah pada 25 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

PKR menamakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya.

-- BERNAMA

KURSUS MEMBINA BLOGS UMNO CAWANGAN-CAWANGAN


KURSUS MEMBINA BLOGS CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN SABAK BERNAM

Ucapan tahniah kepada UMNO Bahagian Sabak Bernam melalui biro ICT yang menganjurkan kursus ini.

Kursus ini sangat baik kerana memberi pendedahan berguna kepada UMNO cawangan2 membina blogs cawangan masing2 bagi tujuan menyampaikan maklumat terus kepada ahli2 cawangan khususnya yang tinggal di luar cawangan untuk mengetahui perkembangan atau aktiviti cawangan masing2 tanpa perlu balik ke cawangan.

Cawangan2 sepatutnya telah lama mempunyai blogs,laman sesawang atau setidaknya laman social seperti facebook,myspace,twitter dan lain-lain lagi bagi menyampaikan perkembangan terbaru cawangan.

Cawangan2 pula hendaklah sentiasa mengemaskini agar blogs atau laman web tidak beku dan membosankan.

Disarankan juga agar cawangan2 memberi ruang kepada ahli2 untuk menyumbang karya bagi menjadikan blogs mereka lebih menanrik..

Biarpun ramai beranggapan blogs medan terbaik untuk memberikan maklumat berkaitan sesuatu isu,namun sebagai parti yang menjaga tatatertib parti,tidak perlu menjadikan blogs cawangan sebagai medan menabur fitnah atau sebarang unsur negatif.

Diharap agar ketua2 cawangan dapat mengambil bahagian dalam program pembinaan blogs di masa akan datang,kerana banyak faedah boleh diperolehi untuk kebaikan cawangan masing2 juga.

Tuesday, April 13, 2010

UMNO PERLU ADA UNIVERSITI UMNO

UMNO PERLUKAN SEBUAH UNIVERSITI KHUSUS
WAJARKAH UMNO MEMPUNYAI UNIVERSITI SENDIRI
Menyedari hakikat bahawa UMNO telah tercabar dengan keputusan Pilhanraya ke 12 yang lalu,maka Persidangan UMNO cawangan Tanjung Jawa yang bersidang pada hari ini mencadangkan agar UMNO mengujudkan Universiti UMNO sendiri bagi memberikan pendidikan tinggi kepada Ahli-ahli UMNO tanpa mengira kelayakan agar member ruang kepada Ahli-ahli UMNO menimba ilmu untuk menjadikan UMNO sebagai Parti yang berilmu dikalangan ahli-ahlinya.

Monday, April 12, 2010

13 Aurat Wanita

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur
atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan
dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan)
menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki
dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada
mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab
Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan
dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari
S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari
Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
-
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang
berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana
ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan
kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia
dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidak
pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para
isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya,
dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami- suami? tidak
cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di
akhirat..Na' uzubillahhimin zaliq..bersama- samalah kita berpesan untuk kebaikan
bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang
telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta
tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat
kaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.

Wallahualam. .