kami perihatin

kami perihatin

RENUNGAN MATA HATI..


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan (membawa) barang-barang keperluan manusia dan air hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu menyuburkan bumi yang sebelumnya mati (kemarau), dan dikembang biakkan segala makhluk yang hidup melata (di atasnya), angin yang bertiup dan awan yang terbentang di antara langit dan bumi (Sesungguhnya segala yang tersebut itu) menjadi bukti (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
Al-Baqarah 164

Monday, April 12, 2010

UMNO PUN SAMA?

'UMNO pun sama'
APAKAH ketua bahagian UMNO yang sedang digantung ekoran menghadapi pelbagai tuduhan termasuk rasuah di mahkamah, boleh dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Awang lontarkan pertanyaan ini berdasarkan aduan sebahagian ahli di salah satu bahagian di Selangor yang musykil dengan pelantikan tersebut.

Menurut mereka, ketua bahagian berkenaan sedang menghadapi kes perbicaraan di mahkamah dan ibu pejabat UMNO telah mengeluarkan arahan penggantungan terhadap beliau.

Bagaimanapun difahamkan UMNO Selangor telah melantiknya sebagai penyelaras DUN, yang diketahui umum turut berperanan menjalankan tugas-tugas parti di peringkat kemasyarakatan.

Maka berlegar banyak persoalan. Dalam UMNO sedang berusaha gigih memulihkan imej, menjaga integriti dan lebih mendekati masyarakat, apakah wajar perkara sedemikian dibenarkan?

Awang tidak mahu menjawab tetapi biarlah semua orang menilai sama ada aduan akar umbi ahli-ahli UMNO ini wajar diberi perhatian. Rakyat sudah tentu memerhatikan bagaimana UMNO menangani isu-isu integriti seperti ini. Janganlah nanti keluar ungkapan 'UMNO pun sama'....